10 January 2011

bumi kita syurga mereka

  12 Komen    
label: ,
Apa khabar semua pembaca setia blog ni ? Harapnya semuanya dalam keadaan baik baik saje. Maklum la hari isnin ni lepas dah bercuti hujung minggu lepas tu nak masuk kerja semula kene la sihat bertenaga. 

Ada yang tak bersemangat ke masuk kerja hari ni ? Betulkan niat tu kalo rasa terpesong. Niat untuk kerja dengan ikhlas supaya rezeki yang kita dapat nanti semuanya halal dan diberkati. Banyak banyak bersyukur sebab kita yang berkerja ni antara hamba Nya yang bertuah kerana diberikan peluang untuk memperolehi rezeki dengan mudah.

Cuba kita bayangkan orang yang tak mempunyai kerja atau tiada sumber pendapatan yang tetap. Fikirkan tentang kesukaran yang mereka hadapi setiap hari untuk mencari sesuap makanan. Bandingkan betapa untungnya diri kita yang mempunyai sumber pendapatan tetap ni walaupun kadang kala dirasakan tidak seberapa. 

Bagi yang berkerjaya tu, syukur je la. Bagi yang mencari cari dalam kepayahan tu pulak camne ? Adakah tiada usaha bersungguh atau memang tiada rezeki ?

Nak kerja kilang tak layak pulak dengan kelayakan yang ada. Nak memulakan perniagaan modal pulak takde. Nak memohon kerja banyak pulak birokrasinya. Lama lama tanam anggur je la sampai tua. Manjakan diri sebab kalo takde sumber pendapatan pun nak takut apa, mak ayah kan ada. Lagipun apa nak risau, duduk kat negara sendiri mesti tak kene halau punya la. Kalo yang terdesak sangat tu, mungkin ada yang memilih jalan yang tidak betul. 


Tapi cuba kita tengok lambakan pekerja asing kat negara kita ni. Seronoknya diorang tu mengaut hasil keuntungan dari negara kita. Yang hairan tu ada je pulak pekerjaan untuk diorang ni. Sampai macam tak mencukupi pulak kuota pekerja tu hingga terpaksa masuk secara haram pun berpeluang gak untuk memperolehi kerja.


Memang tak dinafikan sebahagian majikan ni suka benor ambik pekerja asing ni sebab antaranya senang untuk diarahkan buat apa saja dan boleh dikerahkan tenaga diorang tu semaksima mungkin walaupun dengan bayaran yang tidak seberapa. Tapi bagi pekerja asing ni, itu semua umpama satu bonus yang tak mungkin diperolehi di negara asal diorang.

Mungkin jugak memang itu niat asal diorang bila meninggalkan negara asal masing masing. Ye la, datang sini bukan nak melancong pun. Kalo tak berusaha gigih sape nak bagi diorang tu makan ? Kira macam terpaksa jugak la keadaannya. Tak macam orang tempatan, kalo tak kerja bersungguh pun masih tak perlu risau mane nak duduk mane nak makan. 


Aku dulu pernah bersembang dengan seorang pekerja asing dari negara luar tentang pendapat dia berkenaan pekerjaan yang dilakukan dan pandangannya tentang negara kita ni. Dia hanya bekerja sebagai buruh kasar di kawasan pembinaan. 

Katanya kalo dia masih berada di negara asal dia, pastinya dia seorang yang papa kedana. Untuk mencari seringgit sehari pun belum tentu diperolehi. Jadi sebab tu la dia datang ke negara kita ni dengan niat nak mengumpul kekayaan tak kira camne pun. 

Menurutnya lagi, pendapatan yang diperolehi dari berkerja sebagai buruh kasar ni sangat lumayan. Bila aku tanya lumayan tu berapa jumlahnya, dia cakap sehari dia boleh dapat RM20. Makan dan tempat tinggal dikongsi bersama kawan kawan senegara. Jadi sekurang kurangnya dia boleh menyimpan RM18 sehari setelah RM2 ditolak untuk berkongsi membeli bekalan keperluan dengan kawan kawan dia tu.

Aku cakap la kalo sehari RM18 je tu tak la lumayan sangat. Dah la kerja hampir 18 jam sehari. Tapi jawabnya, 

"Nggak pak, saya datang sini Malaysia mahu cari uang dikumpul bagi keluarga saya di sana. Saya sudah tiga tahun berkerja mencari rejeki di sini. Tahun pertama saja saya sudah mampu biayai belian tanah secara ansur di tempat saya. Tahun kedua pula saya mampu membina sebuah kediaman selesa bagi keluarga dan keponakan saya di sana. Dan tahun ketiga saya di sini sudah cukup untuk saya membelikan mobil untuk gunanya keluarga saya di sana. Jadi itu yang saya bilang lumayan. Pasti nggak bisa saya perolehi semua ini jika saya masih di sana tanpa pekerjaan sebegini. Saya nggak punya apa di sini pak. Hanya saya harus usaha agar saya nggak keciciran di negara asing ni pak".

Bila pulak la aku jadi bapak dia. Ahahaha..Tu lima tahun yang lepas. Masa aku ada tugas luaran kat MMU Cyberjaya selama sebulan. Sekarang ni aku tak tau la ntah berapa bayaran yang dia terima atau mungkin dia dah balik ke negara asal dia menjadi antara yang terkaya di kampung halaman dia. 

Kalo yang berniat cam dia tu bagus la. Niatnya cukup ikhlas dan sangat bertawakkal. Jadi aku terfikir, mungkin camtu jugak kita kalo la berada di tempat yang asing. Bukan di negara sendiri. Mesti nak usaha sampai meletup urat asalkan tak ketinggalan dan merempat di negara asing tu. Walaupun terpaksa menjadi seorang pencuci jamban awam.

Mungkin kita memandang leceh pada pekerja asing yang ada kat negara kita ni. Busuk la apa la. Tapi yang kita tak tau kalo diorang balik ke negara asal diorang tu mungkin ada mercedes atau BMW yang akan menjemput diorang kat lapangan terbang dan mungkin jugak diorang la individu yang paling wangi kat kampung halaman diorang tu. Sebab bumi kita ni adalah umpama syurga bagi mereka untuk mengaut segala hasil yang tiada tercapai kat bumi mereka sendiri. 

*Sumber gambar dari Google





12 comments:

  1. kat 999 baru2 nih,ade 2 3rela yg seludup masuk ke m'sia dah brape belas tahun,skang baru terkantoi pakai ic palsu.hu3

    ReplyDelete
  2. Mencari sesuap nasi. Huja emas dinegara orang hujan batu dinegeri sendiri

    ReplyDelete
  3. ini antara isu wan dlm thesis wan

    pasal mereka ini

    tpi hasilnya rakyat malaysia masih kata ia mendtgkan kebaikan

    =_=

    ReplyDelete
  4. peluang direbut rakyat luar...
    kerana rakyat sendiri sukar menerima pekerjaan itu

    ReplyDelete
  5. org malaysia ni pemalas..org asing gak yg rajin...macam2 keje dieorg sanggup buat..org malaysia, kotor sikit dah xnak keje

    ReplyDelete
  6. hmm...termotivasi lak bila baca n3 ni..

    ada 1 kerja yg boss suh sy buat..tp sy tk ikhlas nk buat..mmg rasa berat hati...

    tp bila bc n3 ni..patutnya kita bersyukur..ada kerja...kerja kt tmpt yg selesa..kalau nk dibandingkn dgn org yg mengganggur..tgk pekerja2 asing ni bekerja...haih...

    insaf.....

    terima kasih atas perkongsian ini... :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    KEBAYA BIRU

    ReplyDelete
  7. aleen aiden :

    tu la..warga asing berlumba lumba nak masuk negara kita sampai sanggup secara haram sebab diorang tau kat negara kita banyak peluang kerja..tapi rakyat negara kita sendiri tak pernah nampak pun apa yang diorang nampak tu..

    ReplyDelete
  8. akubiomed :

    hehehe...diorang gali emas kat negara orang pehtu balik negara sendiri dapat beli batu untuk buat rumah..sempoi giler..

    ReplyDelete
  9. mr.syazwan :

    mentaliti manusia ni memacam ragam..

    ReplyDelete
  10. mie :

    kekadang terpikir betapa bangganya warga asing yang jadi buruh tu bina bangunan kebanggaan negara kita, dan akhirnya diorang menceritakan pada anak cucu diorang kalo tanpa adanya diorang, maka takdenya bangunan kat negara kita..

    ReplyDelete
  11. E.d.Y :

    betul tu..gaji sikit la ape la..banyak sangat alasan..demand tinggi sangat lak tu..

    ReplyDelete
  12. nabilah_2908 :

    hehehe..biasa la tu..kekadang kita lupa diri..tu gunanya ada kawan kawan agar dapat saling memperingati kelupaan kita tu..

    ReplyDelete