16 January 2011

bukan malin kundang atau buah kundang tapi kundasang

  25 Komen    
label: 
Panjang tul tajuk entri aku hari ni. Dan sememangnya entri hari ni takde kene mengene dengan buah asam kundang ataupun encik Malin Kundang tapi entri hari ni berkenaan Kundasang. 

Bukan pasal buah asam kundang ni.
dan bukan jugak pasal encik Malin Kundang ni..
tapi pasal Kundasang.
Siapa yang tak pernah dengar Kundasang angkat tangan ? Ohoho..kalo tak tau, meh sini aku nak bagitau. Kundasang ni antara salah satu pekan kecil yang ada kat negeri Sabah. Kundasang jugak antara satu tempat tumpuan pelancong kalo datang ke Sabah ni. 

Jarak perjalanan dari bandar Kota Kinabalu lebih kurang hampir dua jam perjalanan la. Biasanya pekan Kundasang ni jadi tempat perhentian sekejap bagi pelancong yang datang nak pegi panjat Gunung Kinabalu tu sebab tak jauh pun dari kaki gunung tu.

Bagi aku, pekan Kundasang ni ala ala macam Cameron Highland la jugak. Kawasan dia memang bebetul kat kaki gunung tu. Ada banyak jual sayur, bunga dan buah buahan. Sayap ayam pun ada jugak. Hehehe..


Walaupun pekan Kundasang ni macam pekan koboi sikit, tapi jangan korang harap nak jumpa koboi kat sini. Dari Kundasang ni memang boleh nampak la puncak Gunung Kinabalu tu. Kalo awal pagi atau lewat petang memang berkabus je pekan Kundasang ni.


Selain dari korang boleh membeli belah dengan murah kat sini, korang boleh jugak melawat Kundasang War Memorial yang ada kat sini. War Memorial ni telah dibina sejak tahun 1962 sempena memperingati sojar British dan Australia yang menjadi tawanan perang yang mane diorang melarikan diri dari Sandakan menuju ke Ranau. Selain tu memorial ni jugak sempena memperingati jasa penduduk tempatan yang sama membantu sojar sojar tu.


Kalo masuk dalam memorial ni, korang boleh baca la berkenaan sejarah sojar sojar tawanan perang tu. Dalam kawasan memorial ni jugak ada diorang buat taman bunga, kolam dan ada tertera nama nama sojar sojar dan individu yang terlibat secara lansung ketika peristiwa zaman dolu tu. 



Nak jadikan tempat dating pun boleh gak tapi hormat hormat la sikit pada sejarah. Tak baik oo..Walaupun memorial ni bukan tanah perkuburan tapi tempat bersejarah la katakan, takkan kita pun nak buat sejarah jugak kat situ.



Satu lagi yang menarik kat Kundasang ni kalo korang datang pada bukan November, setiap 15 dan 16 November akan diadakan pesta kubis. Masa ni macam macam acara gak yang ada. Boleh tengok X-treme 4WD, pertunjukan kebudayaan, ada jualan pada harga termurah, majlis makan makan dan banyak lagi la.


Kalo sampai kat Kundasang ni jangan risau la, sebab ada banyak je tempat penginapan disediakan pada harga yang berpatutan. Penduduknya pun ramah tamah. 

Okay, lepas ni nak ke mana pulak ? Tunggu je la entri seterusnya minggu hadapan di hari yang sama. 





25 comments:

  1. haha. sayap ayam.
    sangat comel.

    kundasang macam best.
    dan buah asam kundang tu mcam mana rase dia?
    betul, saye tak pernah rase. =.=

    ReplyDelete
  2. salam..walaupun tak ada kaitan ngan entri tapi tiba2 je rasa sedap melihat buah kundang itu..terliur..

    ReplyDelete
  3. Buah Kundang mudah didapati pada zaman sekarang?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. kapten krunch :

    aku cakap kundasang la bukan pasal asam kundang..hahaha..

    sekarang ni susah dah nak jumpa buah kundang ni..rasa dia masam manis la..bijik dia kaler ungu..kalo kat kampung kampung tak tau la ada ke tak lagi..

    ReplyDelete
  6. suri solehah :

    hehehe..susah dah nak cari asam kundang ni kak..kalo ngidam memang haru la..

    ReplyDelete
  7. akubiomed :

    susah nak dapat dah bro..kat kampung pun jarang jumpa..

    ReplyDelete
  8. Fatin Athirah Amani :

    hahaha..dah pernah rasa sayap ayam Sabah ? Sedap kan ?

    ReplyDelete
  9. wow!!
    teringin sampai ke sana..

    ReplyDelete
  10. mie :

    jangan teringin je..bila lagi nak melancong dalam negara sendiri..hehehe

    ReplyDelete
  11. mr.syazwan :

    encik wan ada jumpa lagi ke orang jual buah ni ? susah nak dapat oo..

    ReplyDelete
  12. aleen aiden :

    hahaha..nape ? ingatkan pasal buah kundang ke ?

    ReplyDelete
  13. haha...tk jauh dgn sayap ayam dia.. :P

    pernh sampai samporna tak...? kalau pernah cite la pasal tmpt tu pulak..teringin ke sna.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    DENDA

    ReplyDelete
  14. nabilah_2908 :

    hehehe..layan oo sayap ayam kat sabah ni..

    samporna tak pernah sampai lagi la..

    ReplyDelete
  15. ohh. buah kundang. saya baru tau!!

    ReplyDelete