suatu masa dahulu
Sekarang ni musim cuti sekolah dan musim hujan melanda negara tercinta kita ni. Bagi suri-suri rumah, musim hujan camni selalu buat diorang tensen sebab nak kene kejar pakaian kat ampaian kalo tetiba hujan turun. Bagi budak budak skolah lak, musim cuti camni la memacam aktiviti leh nak buat.
Masa zaman aku sekolah rendah dulu, bila cuti hujung tahun je memang tak sabar nak tunggu. Maklum la sebulan tak yah nak berkayuh basikal pegi sekolah. Hari hari boleh bangun tidur lambat pehtu pegi main ngan kawan kawan. Tapi ada gak yang kecut perut bila tiba cuti sekolah hujung tahun ni. Terutama yang bebudak lelaki ni. Mane taknye, mak bapak dah siap booking tok mudim nak kasik potong itu muncung. Hehehe
Satu perkara lagi yang menyeronokkan bila cuti sekolah ni bila pihak sekolah ada buat rombongan lawatan. Aku ingat lagi rombongan sekolah pertama yang aku join masa darjah tiga. Masa tu sekolah buat rombongan tiga hari dua malam pegi Kuala Lumpur ngan Melaka. Eksaited giler aku masa tu bila bapak aku bagi aku ikut rombongan tu. Tambah lak kebanyakan geng aku pun ada pegi sama. Memang berkobar kobar la semangat dibuatnya.
Tapi mungkin sebab masa tu masih lagi berjiwa kanak kanak ribena, ikut rombongan tu rasa cam pegi suka suka je. Cikgu bawak pegi masuk zoo negara, aku ngan geng aku bukan nak tengok haiwan zoo tu tapi sibuk layan makan aiskrim je.
Masa pegi Melaka lak bila malam cikgu suruh kitorang tidur, kitorang bantai gi main 'galah panjang' kat gelanggang sekolah yang kitorang tumpang tidur tu. Akibatnya masing masing mata kuyu tak bersemangat je masa lawatan siang tu. Tapi sib baik la cikgu yang bawak kitorang tu sempoi giler. Peh dah penat penat melawat sana sini, dia bawak lak kitorang gi singgah mandi laut kat Tanjung Bidara.
Maklum la masa tu kan kanak kanak ribena lagi. Nampak laut tu cam tak pernah jumpa air seumur hidup. Bukak baju bukak seluar bukak sependar pehtu tukar seluar pendek je terus serbu laut tu. Bila dah ramai ramai buat kecoh tu, ada sorang kawan aku ni secara gurauan ganas main tarik tarik seluar. Dan aku menjadi salah sorang mangsa gurauan.
Bayangkan la tengah lari lari kejar mengejar kat pantai tu depan bebudak pompuan sekolah aku, seluar aku ditarik dengan ganasnya sampai membuatkan bebudak pompuan yang ada kat situ terjerit hiruk pikuk terlihatkan sesuatu yang tak sepatutnya dilihat. Sib baik la diorang nampak belakang je. Abis tercemar keayuan bontot aku jadi tatapan.
Cuma aku heran gak, masa tu tak la rasa malu sangat. Darjah tiga la katakan. Sambil gelak gelak je aku betulkan seluar pendek aku tu. Tapi bila dah balik rumah peh rombongan tu tinggal dua tiga hari lagi sekolah nak bukak, secara tiba tiba aku merasa kemalu-maluan lak nak jejak kaki masuk kelas bila sekolah bukak nanti.
Sib baik la kes penampakan bontot aku tu tak jadi gosip panas kat sekolah. Cuma kekadang aku perasan gak ada dua tiga budak pompuan yang nampak aku je senyum senyum. Hampeh tul. Bila aku cerita kat mak aku pasal tu, mak aku cakap ape ? "Siapa suruh tak pakai sependar".
Aiyark..lambat la mak aku bagi nasihat tu. Aku tak tau pulak undang undang nak mandi laut kene pakai sependar. Apa boleh buat, benda dah nak jadi. Malu..aku malu...
masa zaman sekolah dulu rendah dulu , semua skema skema jek .. hehe :)
ReplyDeletebetol2 :)
ReplyDeletesonok kan kenang2 balik zaman dahulu kala
ReplyDeleteermmmmm semua hanya tinggal memori...
rindunya zaman sekolah....dah lama xg sekolah lama yg jaraknya 50meter je dr rumah..
ReplyDelete(kantol lama tak balik kampung..haha)
ahahahaha~tak blh bla masa sluar kena tarik tu..LOL~
ReplyDeletemmg sah2 la gegels meroyan..
hehe
bile nengok gmbar tu teringat mase skolah rendah.sllu mesti wajib tapaw nasik lemak tepi jalan nk makan waktu rehat kat skolah.sehingga kini, nc lemak memang no1 febelet i =_=
ReplyDeletebungakuning : memang skema berabis..tu yang bila ingat balik sekarang ni rasa nak gelak guling guling pun ada..
ReplyDeletemEteoRa girL : kalo flashback semula zaman sekolah rendah memang syiok giler ooo
ReplyDeletemr.syazwan : wan, aku ingat nanti aku nak buat entri pasal kenangan dolu dolu la pulak..syiok giler kalo pasal sekolah rendah ni..tul tak ? fuuuyooo..hehehe
ReplyDeleteE.d.Y : aku ada dua sekolah rendah. last aku jenguk masa tahun lepas, banyak dah yang kene naik taraf..tapi still banyak memori tak terpadam kat sekolah sekolah aku tu.
ReplyDeleteh A n Y S : hahaha..mmg tak blei blah wei..tu pun sib baik la gegels tu nampak bumper belakang je..sampai sekarang kalo aku jumpa kawan yang pedajei aku tu bila borak pasal ni mesti gelak tak hingat.
ReplyDeletekerangrebus : memang masyuk giler nasik lemak walau berapa abad pun..febret sepanjang zaman
ReplyDeletepolo ralph lauren
ReplyDeletecoach outlet store online clearances
tommy hilfiger clothing
coach bags
michael kors outlet
louis vuitton borse
louis vuitton
ray ban sunglasses outlet
michael kors outlet online
mcm backpack
20172.27chenjinyan