03 December 2010

posisi seks terbaik [18SX]

  4 Komen    

Pengurus aku [isteri aku la tu] semalam cakap laman aku ni dah macam laman web lucah la pulak. Dengan tajuk tajuk entri yang agak kontroversi berlabelkan 18SX lak tu. Jangan salah faham lak, aku bukan mengarang cerita berbentuk kelucahan melampau. Hanya sebagai satu kesedaran bagi kita yang sentiasa melupakan.

Kalo kita imbas semula memori kita tentang apa yang terbit melalui media massa, pasti kita tak leh nak lupa tentang kejadian kejadian berupa pembuangan bayi, seks bebas dikalangan remaja, skandal sana sini, menggatal mengerenyam menjongket dan memacam la lagi. 

Adakah kita hanya mampu berdiam diri atau bertindak untuk mengatasi masalah yang meruncing dalam masyarakat kita sekarang ni ? 

Aku tak nak mengulas panjang berkenaan punca berlaku atau cara nak mengatasi permasalahan sosial yang melanda ni, dah memacam usaha pihak berwajib melaksanakan pencegahan untuk kes kes sebegini.

Cuma aku berani mensarankan agar masyarakat mengamalkan posisi seks yang terbaik supaya masalah sosial ni dapat dibendung. Camne tu ? Bagi aku, posisi seks yang terbaik ialah dengan meletakkan posisi seks tu pada tempatnya.

Mesti ada yang ingat aku nak cakap pasal gaya gaya seks ni. Hehehe..sori la, aku bukan pengulas karma sutra. 

Cara yang terbaik, berkahwin. Tu muktamad. Bila dah berkahwin ni, pastikan anda setia. Tu yang terbaik. Dah tentu bila dah berkahwin ni, nak buat seks bebas pun boleh. Ye la, sape nak larang kalo nak buat seks bila dah kahwin ? Tak ke namanya tu boleh layan seks bebas ? Bebas dari penyakit. Bebas dari risau kalo termengandung. Bebas dari maksiat. 

Jadik, pikir la sama sama. Ni hanya pandangan dan pendapat aku je la. Kalo orang lain ada penyelesaian yang lebih terbaik, silakan. Firman Allah dalam Al-Quran pun ada menyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat ke 223 yang bermaksud :
"Isteri-isterimu adalah (umpama) tempat-tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk tanam mu itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira ini bagi orang-orang yang beriman" 

Related Posts:

  • Bersih Hari ni boleh aku katakan dapur rumah aku memang tak berasap lansung. Bukan sebab kayu api basah. Lagipun dapur aku menggunakan gas memasak jadi mem… Read More
  • Daulat Tuanku Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Alhamdulillah p… Read More
  • Bersih 4.0 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Langit di bandaraya Ip… Read More
  • Rezeki Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan di hari jumaat yang mulia ni… Read More
  • Bantal tungku Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung tak kira dimana jua anda berada mudah mudahan perjalanan h… Read More

4 comments:

  1. hehe..menggegarkan jiwa tajuk entry

    ReplyDelete
  2. kalau da kahwin jangan cakap sex bebas

    sex MERDEKA.. sex ALL OUT boleh.

    ahahahah..

    (ku cakap macam da kahwin la pulak)

    adehhh

    ReplyDelete
  3. ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Kami DAtang Ziarah Blog Anda
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

    eeeeemmmmm posisi sex tu maksudnya dari tepi atas bawah opppppssss belakang no lah ye...


    Tak ade lahhh betul tu hanya orang berumah tangga aje yang tahu nikmat bekeluarga ni....

    ReplyDelete