Korang dah pernah buat ujian HIV ? Takut ? Tak perlu ? Tak kesah pun ? Apa pun alasan korang, menatang alah ni memang agak mengerikan la jugak.
Aku teringat masa nak isi borang nikah dulu kene pegi buat ujian darah. Ada gak la sikit sikit nerves. Walaupun aku tak pernah melibatkan diri dalam aktiviti aktiviti yang memungkinkan aku membawa virus menakutkan ni, tapi risau gak woo..
Alhamdulillah, keputusannya negatif. Maknanya aku ni bebas HIV. Dan tak bermakna aku bebas selamanya tul tak ?
Mungkin ramai yang tak ambik kesah sangat pasal HIV / AIDS ni. Ye la, kalo kita tak terlibat dalam aktiviti yang menjerumuskan diri dalam golongan ni dah tentu kita selamat. Tapi ada gak kes yang dikelaskan sebagai kecuaian. Tu sebab kene gak la berjaga jaga.
Aku takde masa nak terangkan panjang pasal benda HIV / AIDS ni. Cuma sikit info je la tentang camne penyebaran dia. Antaranya :
- Hubungan seks dengan individu yang telah dijangkiti.
- Menerima darah dari individu yang dijangkiti.
- Berkongsi jarum suntikan dengan individu yang dijangkiti.
- Ibu hamil yang menjangkiti anak yang dikandungnya.
- Jaga bebaik kemaluan korang tu. Gunakan pada yang berhak je.
- Dapatkan info terperinci kalo nak derma atau terima darah. Sebagai pengguna, kita ada hak untuk mendapatkan segala infomasi.
- Pastikan pengendali yang nak menyuntik tu bertauliah dan tengok bebetul jarum yang digunakan tu yang fresh punya bukan yang telah sedia ada.
- Kalo korang penagih dadah yang suka suntik menyuntik ni, agak tak nak hidup lama tak payah la pikir sangat tentang kebersihan jarum tu. Kongsikan je reramai.
- Bakal ibu ibu semua, bincang dengan suami untuk dapatkan rawatan yang terjamin. Pesan sikit kat suami jangan tepikir nak makan luar pulak sementara korang memboyot tu. Hehehe..
tak kene kot hiv..tp takut gak if tiba2 dapat tau kene hiv...
ReplyDeleteHey, know About Kathryn Hahn biography? Visit Our page or Kathryn Hahn Biography, Born, Age, Facts, Family, Movie | Celebrity Ping
ReplyDelete