Malaysia kekurangan pekerja berkelayakan ? Terlalu banyak pengambilan pekerja asing ? Penduduk Malaysia terlampau memilih pekerjaan ? Majikan yang lebih memikirkan keuntungan jangka masa panjang ? Pekerja Malaysia banyak karenah ?
Macam macam kalo nak diperkatakan pasal pekerjaan dan lambakan masalah pengangguran yang melanda negara Malaysia ni. Ibarat kes rogol yang tidak pernah sunyi dari media. Dari perspektif mana kita nak jeling masalah yang melanda ni ?
Memula kita tengok dulu sektor sektor pekerjaan yang ada dalam negara kita. Dari sektor kerajaan sampai la sektor swasta kalo nak ikutkan memang banyak sungguh kekosongan yang boleh nak diisi
oleh rakyat Malaysia sendiri.
Tapi. Mungkin sebab desakan ekonomi yang menyesakkan maka kekosongan yang ada tu hanya dapat diisi oleh sanak saudara dan sahabat handai terdekat sahaja tak kira la sektor kerajaan atau pun swasta. Mungkin jugak kekosongan yang ada tu pulak tak berkenan dihati pencari pencari pekerjaan ni.
Aku melawat ke laman pencarian kerja yang menawarkan iklan iklan kerja kosong yang ada kat Malaysia ni. Ada satu ruangan tu untuk ruangan disukai oleh pengguna fesbuk.
Punya la ramai yang menyukai laman tu ada la nak sampai hampir 20 ribu orang. Diulangi sekali lagi, DUA PULUH RIBU ORANG.
Dan aku pasti yang ramai ramai suka tu terdiri dari pencari pencari kerja dan graduan graduan basi yang dari abis blaja sampai sekarang tak dapat dapat lagi kerja atau tawaran kerja.
Punya la ramai rupanya. Aku tak nak la menspekulasikan apa apa cuma yang pastinya peratusan tertinggi pastinya bangsa MELAYU sendiri. Kesian tul. Lahir sebagai anak melayu tapi takde keistimewaan lansung. Bukan la takde lansung, ada gak cuma ke arah yang lain la.
Istimewanya lebih ramai melayu yang menceburi bidang bermotorsikal beramai ramai di jalan raya sambil menjadi samseng dan ahli lagak ngeri percuma. Istimewanya lebih ramai melayu yang menjadi pelakon filem atau klip video lucah secara percuma. Istimewanya lebih ramai melayu yang memenuhi lorong lorong kotor dan busuk sambil menawarkan harga termurah dan lebih murah jika nak dibandingkan dengan harga sebungkus nasi lemak sambal sotong.
Istimewanya lagi lebih ramai melayu yang suka mendapatkan penginapan dan makan minum percuma di pusat pusat pemulihan.
Tu baru beberapa je istimewanya melayu ni. Jangan cakap aku ni anti melayu atau nak menjatuhkan martabat dan maruah melayu lak. Kalo encik Hang Tuah masih hidup zaman sekarang ni pun aku ingat mesti dia tensen berabis tengok anak bangsa melayu yang hilang melayunya ni.
Nak kerja kilang pun, tokei tokei kilang lagi suka ambik pekerja import.
Alasannya lebih menguntungkan dari ambik pekerja tempatan yang banyak songeh. Nak keje swasta pun lebih kurang je nasibnya. Ada kekadang tu tokei pulak letak gaji yang tak setaraf dengan kelayakan [kes tak sedar diri macam la bagus sangat nak demand gaji kaw kaw]. Ada jugak yang nak keje kerajaan tapi 'kabel' tak cukup panjang.
Dengan kemunculan berbagai institusi pengajian tinggi yang semakin memenuhi ruang pembelajaran lanjutan. Tambah lak dengan konsep universiti terbuka yang membolehkan sesiapa saje berkemampuan maka boleh la memiliki tahap pengajian yang diidamkan.
Mungkin sebab tu jugak graduan graduan segar yang sepanas tahi ayam tu tak berpeluang nak memenuhi jawatan jawatan yang ada.
Ye la, sape nak amik orang yang baru nak belajar kerja. Buat susah HR je. Baik ambik orang yang dah sememangnya berpengalaman kerja. Tak payah HR nak susah susah training.
Jadi kepada graduan graduan yang basi atau yang dah berbuih nak basi tu yang ada kat luar sana tu, bebanyak la muhasabah diri. Belajar la menternak ayam organik. Rajin rajin la pegang cangkul. Mane tau, kalo tak dapat tawaran kerja pun sekurang kurangnya ada gak pengalaman untuk ke lain.
Calista Flockhart Celebrity Profile - Check out the latest Calista Flockhart photo gallery, biography, pics, pictures, interviews, news, forums and blogs at Celebrity Ping!
ReplyDeleteBulbul Ahmed Celebrity Profile - Check out the latest Bulbul Ahmed photo gallery, biography, pics, pictures, interviews, news, forums and blogs at Legend of Bangladesh!
ReplyDelete